Seusiaku kecil lagi, aku sudah diajar untuk menyayangi haiwan. Arwah bonda kesayanganku yang amat aku rindu selalu mengajar aku erti kasih sayang terhadap haiwan kerana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah(SWT). Terima kasih aku ucapkan kepada arwah bondaku, semoga Allah (SWT) sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya. Alfatihah juga untuk arwah bondaku.
Sehingga kini , aku sentiasa menyukai dan menyayangi haiwan yang ada di sekelilingku. Pelbagai jenis yang pernah saya pelihara kerana kesukaanku melihat watak dan gelagat yang mereka pamerkan. Mereka tidak seperti sesetengah manusia yang amat pandai 'berlakon', tetapi haiwan peliharaanku berlakon mengikut hati mereka sejujurnya.
Kudev(si ayam jantan), JB-Jantan Bajingan( Si tiong ) , Shimba & Simo( Si Tupai) dan Kuweng & Kuwing ( Si Murai Batu ).bersambung............
No comments:
Post a Comment